Whatsapp Ahli Parlimen digodam, nama dijaja mahu pinjam wang

Whatsapp Ahli Parlimen digodam, nama dijaja mahu pinjam wang

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Roslan Hashim tidak menyangka menjadi mangsa.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Roslan Hashim telah membuat laporan polis termasuk aduan kepada SKMM.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bandar Baharu Roslan Hashim mendedahkan nombor WhatsApp digodam apabila identitinya digunakan untuk meminjam wang.

Beliau sejak minggu lalu pelik menerima banyak panggilan dan mesej mempersoal apakah benar beliau mahu meminjam wang.

“Sejak seminggu lalu, saya terima banyak panggilan dan mesej bertanyakan apakah betul saya ingin meminjam wang.

“Pada awalnya saya tidak pasti mengapa, namun tidak lama selepas itu baru saya sedar, aplikasi WhatsApp saya digodam,” katanya menurut Harian Metro.

Roslan Hashim.

Katanya, beliau turut menjelaskan panggilan panggilan menerusi telefonnya tidak seperti biasa, namun menyangkakan ia disebabkan masalah rangkaian.

“Selepas itu, talian tidak boleh digunakan langsung dan dia kemudian membuat laporan di IPD Bandar Baharu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya,” katanya.

Roslan berkata, masalah itu menyebabkan urusan kerja terganggu dan pemakluman dibuat dalam Facebook

Katanya, ia adalah kejadian pertama berlaku terhadapnya dan berharap ia akan menjadi iktibar.

“Sebelum ini, saya dengar kisah rakan-rakan Ahli Parlimen lain, hari ini saya pula jadi mangsa. Buat masa ini, nombor telefon saya sudah ditukar baharu, sementara menunggu siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.