
Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim menjelaskan beliau perlu kemuka tuntutan kepada PPNK, yang di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, atas setiap perbelanjaan.
“Setakat ini jumlah peruntukan yang diterima itu saya belum dapat dipastikan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
“Lagipun, saya belum merujuk perkara tersebut kepada pihak PPNK.”
Azizi antara empat ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada perdana menteri tanpa keluar parti.
Individu lain Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Azizi menjelaskan sokongan itu bertujuan memastikan kebajikan penduduk Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat.