
Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan, berkata 13 lelaki berumur 20 hingga 54 tahun turut ditahan dalam serbuan itu kerana disyaki berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen atau permit yang sah, sekali gus melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Beliau berkata dalam serbuan pada 3 pagi itu pihaknya turut menyita 15 lori, 32 unit tangki IBC, 15 unit pam minyak dan wang tunai RM21,000 yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM302,775.
“Premis itu dipercayai dijadikan sebagai tempat urus niaga jual beli minyak diesel, selain menjadi lokasi pengumpulan dan penyimpanan minyak diesel bagi tujuan diseleweng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zahir berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel berkenaan.