
Katanya, dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan di sekitar Jelutong pada 7.30 malam, semalam.
“Kita mendapat perintah reman selama tiga hari untuk menjalankan siasatan ke atas semua suspek.
“Ketiga-tiganya berusia lingkungan 29 hingga 42 tahun akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya menurut Sinar Harian.
Pada petang Selasa, seorang peniaga nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak maut apabila ditikam 27 kali pada seluruh badannya di tempat meletak kenderaan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak, di George Town.
Mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di hospital ketika sedang diberi rawatan.
Dia dipercayai diserang dua suspek dengan seorang daripadanya menikam mangsa, manakala seorang lagi menunggu atas motosikal.
Mangsa disahkan meninggal dunia kerana ditikam sebanyak 27 kali antaranya di dada, leher, dan beberapa anggota badan lain dipercayai menggunakan pisau pendek. Motif pembunuhan masih disiasat.