Keadaan banjir di Kelantan hampir pulih

Keadaan banjir di Kelantan hampir pulih

Setakat pagi tadi jumlah mangsa banjir di Pasir Mas kekal 62 orang daripada 22 keluarga.

Semua 62 mangsa masih berlindung di PPS SK Gual To’ Deh di Rantau Panjang selepas kediaman masing-masing masih digenangi ‘banjir termenung’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Keadaan banjir di Pasir Mas, Kelantan semakin pulih apabila hanya 62 mangsa banjir daripada 22 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua mangsa berlindung di PPS SK Gual To’ Deh di Rantau Panjang selepas kediaman masing-masing masih digenangi ‘banjir termenung’.

Mereka terdiri daripada 21 lelaki, wanita (lapan), kanak-kanak lelaki (enam), kanak-kanak perempuan (tujuh), bayi lelaki (14) dan bayi perempuan (enam), lapor Bernama.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, cuaca yang baik sejak beberapa hari lalu menyaksikan tiga buah PPS di Pasir Mas iaitu SMK Baroh Pial, SK Gual Periok dan SMK Gual Periok ditutup sepenuhnya pada pukul 3.30 petang semalam

Bagaimanapun, Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang berhampiran Masjid Padang Licin dan Jalan Sk Gual Tok Deh berhampiran padang bola sepak masih ditutup kepada semua kenderaan.

Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah berhampiran Kampung Tersang dan Jalan Tok Deh-Gual Periuk dekat Kampung Tok Deh turut ditutup kepada semua kenderaan kerana masih ditenggelami banjir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.