
Beliau menuntut hasil segera dapat diberikan kepada kerajaan seperti dengan menyelesaikan masalah rakyat, menoktahkan kemiskinan tegar, menguasai bidang-bidang penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemakmuran.
Di mesyuarat pertama Jenaah Menteri baharu tadi, Anwar berkata beliau “tekankan tentang bidang tugas baharu setiap kementerian masing-masing.”
“Saya turut titip pesan agar tumpuan dan keutamaan kini mesti lebih terarah dan pantas dalam usaha menterjemah cita dan nurani rakyat,” katanya di Facebook.
Ahli Jemaah Menteri baharu adalah Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan; Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani; Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Rombakan semalam turut menyaksikan Mohamad Hasan mengambil alih portfolio luar negeri, Zambry Abdul Kadir ke pendidikan tinggi, dan Khaled Nordin ke pertahanan.
Anwar juga menzahirkan penghargaan buat bekas menteri Sumber Manusia V Sivakumar di atas khidmat beliau.