Penunggang maut langgar tiang ruang solat masjid

Penunggang maut langgar tiang ruang solat masjid

Mangsa 31 tahun itu dipercayai hilang kawalan ketika menunggang lalu merempuh tiang pekarangan ruang solat masjid.

Ketua Polis Kulim Mohd Azizul Mohd Khairi, akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia kerana cedera parah di kepala. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang pekarangan ruang solat Masjid Guar Lobak, Padang Serai, semalam.

Ketua Polis Kulim Mohd Azizul Mohd Khairi, akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia kerana cedera parah di kepala.

Katanya, dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dalam perjalanan dari Sidam Kiri ke Guar Lobak.

“Sejurus tiba di lokasi kemalangan, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki kawasan Masjid Guar Lobak dan melanggar tiang pekarangan masjid,” katanya menurut Berita Harian.

Azizul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, bilal masjid berkenaan, Shukri Mohamad, berkata kejadian berlaku selepas sebuah van kilang yang berhenti di hadapan masjid beredar, dan secara mengejut motosikal itu meluru masuk laju lalu melanggar tiang dalam kawasan masjid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.