Lelaki ditemui rentung dalam kereta

Lelaki ditemui rentung dalam kereta

Mangsa dipercayai Orang Asli berumur 50 tahun itu rentung di bahagian tempat duduk belakang kereta terbabit.

Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam sebuah kenderaan dalam kejadian dekat Tapah, Perak malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Pahang, Tapah, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, 10.04 malam tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan terbabit.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan kereta yang musnah terbakar kira-kira 50 peratus.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dipercayai Orang Asli berumur 50 tahun rentung di bahagian tempat duduk belakang kereta terbabit, ” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, kebakaran terbabit berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Katanya, mereka kemudiannya membantu pihak polis mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.