
Beliau juga berharap “scammer” terbabit dikenakan hukuman paling berat jika ditangkap pihak berkuasa.
“Tak mampu untuk saya ‘divert’ (mengalihkan) kerja semata-mata untuk lawan ‘scammer’ seperti ini. Hari ini kita jawab palsu, minggu depan keluar yang lain pula ‘and next next week, the week after and so on’.
“Yang boleh dibuat oleh saya secara peribadi adalah berdoa agar pihak yang buat masuk neraka dan kalau pihak berkuasa mampu menangkap mereka, biarlah mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat dan mereput dalam penjara,” katanya menurut Berita Harian.
Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, gambarnya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosi dan mengiklankan aktiviti pelaburan menggunakan akaun “The Secret Quran”.
Katanya, pihak tidak bertanggungjawab turut mewujudkan akaun TikTok menggunakan gambar dan nama mirip nama beliau, “drahmedsamsurimokhtar”.
“Gambar saya dipergunakan oleh pihak ini. Saya menafikan sekeras-kerasnya terbabit dengan mana-mana pihak berkaitan perkhidmatan mahupun akaun itu.
“Saya turut menafikan akaun TikTok drahmedsamsurimokhtar adalah akaun saya,”katanya.