Mohd Irwan pengerusi baharu Bank Rakyat

Mohd Irwan pengerusi baharu Bank Rakyat

Mohd Irwan Mubarak menjadi pemangku pengerusi bank berkenaan sejak 1 Nov 2022.

Mohd Irwan Mubarak berpengalaman lebih 21 tahun dalam bidang litigasi, undang-undang korporat dan syarikat.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) mengumumkan pelantikan Mohd IrwanMubarak sebagai pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuatkuasa hari ini.

Menteri Ewon Benedick berkata, pemilihan Mohd Irwan adalah bersandarkan ciri kepimpinan dan pengalamannya sebagai pemangku pengerusi bank berkenaan sejak 1 Nov 2022.

“Kuskop berkeyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau untuk menggalas amanah serta mendukung misi dan visi Bank Rakyat dalam meneruskan sokongan terhadap ekosistem koperasi dan keusahawanan progresif yang selari dengan hasrat Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat Mohammad Hanis Osman berkata, pengalaman luas Mohd Irwan dapat memimpin pelaksanaan Pelan Perniagaan 2024 dan Pelan Strategik jangka panjang yang meletakkan Bank Rakyat di landasan tepat untuk mencapai prestasi mampan.

Mohd Irwan berpengalaman lebih 21 tahun dalam bidang litigasi, undang-undang korporat dan syarikat.

Beliau juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada 24 Julai 2020 selain menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat Lembaga Pengarah bank berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.