
Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 85 tangkapan dibuat membabitkan gengsterisme dan jenayah kekerasan, 34 penagih dadah dan operasi di 16 tapak projek.
“Operasi di Klang sempena penyusunan polis untuk kurangkan kadar jenayah di Selangor.
“Kalau kerap Op Aman Khas bersepadu kita percaya lama-kelamaan jenayah akan menurun,” katanya selepas kempen keselamatan jalan raya dan advokasi sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Puchong Selatan di Lebuhraya LDP.
Beliau berkata, operasi itu turut melibatkan pelbagai elemen polis dan agensi lain seperti Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Tenaga Kerja, TNB, Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Katanya, operasi tidak hanya tertumpu di Klang, sebaliknya akan diteruskan ke daerah lain dalam usaha polis mengurangkan kadar jenayah di Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Mohd Zain, sebelum ini kesal apabila Klang disamakan dengan Colombia, berikutan kadar jenayah yang tinggi.
Semalam, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata usaha pihaknya menjalankan pelbagai operasi adalah untuk memadamkan imej “Bandar Colombia” sedangkan Klang adalah Bandar Diraja.