Op Selamat: 14 kematian direkod semalam

Op Selamat: 14 kematian direkod semalam

Hari keempat Op Selamat merekodkan 1,203 kemalangan melibatkan 1,480 kenderaan.

Op Selamat 21 dilancarkan sempena Tahun Baru Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 14 kematian di rekodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baru Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dalam kenyataan memaklumkan sepanjang tempoh itu juga sebanyak 1,203 kemalangan dicatatkan melibatkan 1,480 kenderaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata Op Selamat bagi edisi kali ini mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Dua objektif utama operasi itu ialah meminimumkan kemalangan jalan raya dan memastikan kelancaran trafik serta mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.