Kereta polis bantuan terbakar dibaling molotov cocktail

Kereta polis bantuan terbakar dibaling molotov cocktail

Ketua Polis Petaling Jaya Fakhrudin Hamid mengesahkan kejadian itu dan berkata satu tangkapan juga dibuat.

Keadaan kereta polis bantuan yang terbakar berhampiran stesen MRT Mutiara Damansara. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Sebuah kereta polis bantuan terbakar selepas dibaling bom molotov cocktail berhampiran stesen MRT Mutiara Damansara.

Ketua Polis Petaling Jaya Fakhrudin Hamid berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 1.52 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Katanya, susulan laporan tersebut polis menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-panggilan di sebuah rumah di Flora Damansara, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Suspek berusia 26 tahun itu disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar,” katanya yang menambah suspek juga melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.

Fakhrudin berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Terdahulu, tular di TikTok memaparkan video seorang lelaki berhampiran sebuah kereta polis bantuan yang terbakar.

Lelaki itu turut mengaku membakar kereta berkenaan dan mendakwa berpuas hati dengan tindakannya itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.