
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 47 tahun itu yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan, lapor Sinar Harian.
Menurut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas anak kandungnya menggunakan kerusi plastik, bakul pakaian dan papan seterika yang boleh menyebabkan kematian.
Kesalahan itu dilakukan pada 23 Jan 2024, jam lebih kurang 11.45 malam di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru di Kota, Rembau.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh diwakili peguam, Roslaili Alias.
Kejadian itu yang memaparkan seorang lelaki membelasah anak perempuannya sebelum ini tular di media sosial.