
Sumber itu berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) tidak dapat mengadakan mesyuarat suku tahunan biasa sejak Julai tahun lalu yang membincangkan dan memutuskan perkara berkaitan pegawainya.
Antara pegawai undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa JLSC ialah hakim dan majistret mahkamah sesyen, timbalan dan penolong kanan pendaftar, dan timbalan pendakwa raya dan peguam persekutuan yang bertugas di Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Kemungkinan ada yang meninggalkan perkhidmatan untuk menjadi peguam atau menyertai sektor swasta, yang boleh memberi bayaran lumayan.
“Penghijrahan seperti itu menjadi satu kerugian kepada rakyat dan negara,” kata sumber berkenaan.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga merangkap sebagai sebagai pengerusi SPKP.
Perkhidmatan bekas pengerusi PSC Zainal Rahim Seman berakhir pada 24 Julai tahun lepas.
Di bawah Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan, pengerusi SPA dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Bagaimanapun, pelantikan pengerusi SPA tiada dalam agenda ketika Raja-Raja bermesyuarat bulan lepas.
Perkara 138 perlembagaan menyatakan bahawa peguam negara dan hakim mahkamah atasan yang dilantik oleh raja selepas berunding dengan ketua hakim negara, juga berada dalam SPKP.
SPKP kini mempunyai tujuh hakim di kalangan ahlinya.
Bagaimanapun, perlembagaan tidak memperuntukkan timbalan pengerusi dan sama ada ahli lain boleh mempengerusikan mesyuarat.
“Tanpa pengerusi, SPKP tidak boleh melantik, mengesahkan dan meletakkan sesiapa sahaja secara berpencen atau tetap, atau menjalankan kawalan tatatertib ke atas pekerja, seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 144,” tambah sumber itu.