
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, sebaliknya berkata dakwaan mengaitkan Jakim itu palsu, kerana ia jelas bertentangan dengan peranannya dalam memastikan masyarakat Islam mematuhi hukum dan undang-undang.
“Contohnya kalau kahwin poligami dilakukan di Thailand ikut pakej, jadi status perkahwinan itu mungkin diragui sama ada sah atau tidak.
“Betul, peraturan dalam undang-undang membenarkan pasangan yang nikah di Thailand, apabila mereka balik semula perlu daftarkan ke dalam negara (pejabat agama)…tetapi harus diingat, terdapat peruntukan di bawah Seksyen 12 (2) yang dibaca bersama Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri,” katanya di Wisma Bernama.
Beliau berkata demikian susulan terdapat beberapa pihak tidak bertanggung jawab mengiklankan di Facebook pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand, dengan meletakkan dalam iklan tersebut antaranya ‘diiktiraf Jakim dan kerajaan Malaysia’.
Beliau berkata, bagi kedua-dua kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.