Ops Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan

Ops Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan

940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan.

Seramai 901 warga tempatan dan 39 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu bermula 21 Mac lalu hingga semalam.
KOTA BHARU:
Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis, dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bermula 21 Mac lalu hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata semua penjawat awam yang ditahan berusia dalam lingkungan 30-an manakala pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun.

Katanya, daripada jumlah individu yang ditahan itu, seramai 901 warga tempatan manakala 39 warga asing.

“Polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM763,429 selain menyita pelbagai barangan kemas, kenderaan, dan wang tunai berjumlah RM116,281.

“Semua yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Langkah-langkah Pencegahan Khas dan Akta Racun,” katanya pada sidang media di IPK Kelantan.

Mengulas mengenai paras air Sungai Golok yang semakin cetek sehingga dibimbangi mengundang kegiatan penyeludupan, Zaki berkata pihaknya akan memantau sekiranya terdapat ‘lokasi panas’ baharu wujud di sempadan Malaysia-Thailand.

“Pasukan Gerakan Am dan tentera akan tetap memantau kawasan sempadan terutama apabila air Sungai Golok cetek, apa sahaja boleh berlaku terutamanya penyeludupan barangan mahupun pendatang tanpa izin,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.