2 warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia

2 warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia

Mahkamah Tinggi Seremban membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas kedua-dua tertuduh, Maung Maung, 45, dan Mg Aung Aung, 33.

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini melepas dan membebaskan dua warga Myanmar, Maung Maung, 45, dan Mg Aung Aung, 33, atas pertuduhan membunuh lelaki warga India yang juga penyelia mereka, empat tahun lepas. (Gambar Facebook)
SEREMBAN:
Dua lelaki warga Myanmar hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga India yang juga penyelia mereka, empat tahun lepas.

Hakim Rohaini Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Maung Maung, 45, dan Mg Aung Aung, 33, setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.

Maung Maung diwakili Peguam Hanif Hassan manakala Mg Aung Aung diwakili Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hadi Hakimi Harun.

“Oleh demikian mahkamah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah membunuh Ajith Almaraj di stesen minyak Metro Park Sri Sendayan, kira-kira 2.30 pagi 1 Julai 2020.

Mereka didakwa melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Seramai 10 saksi dipanggil bagi tempoh perbicaraan bermula Jan lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.