
Suspek lelaki berusia 26 tahun direman selama tujuh hari, manakala isterinya yang berusia 27 tahun direman lima hari, lapor Bernama.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, pasangan itu tiba di Mahkamah Majistret Kota Bahru pada 8.45 pagi dengan memakai pakaian lokap dan bergari serta diiringi anggota polis.
Semalam, mahkamah sama turut membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari hingga Rabu ini terhadap dua lagi lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan kes yang sama.
Dalam kejadian 15 April itu, mangsa Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang mempunyai masalah pembelajaran, ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian.