Mayat ditemukan di lereng bukit Genting Highlands

Mayat ditemukan di lereng bukit Genting Highlands

Polis berkata mayat yang belum dikenal pasti itu ditemui orang awam berhampiran KM15 jalan turun dari Genting Highlands.

Ketua Polis Bentong Zaiham Kahar berkata identiti mayat berkenaan masih belum dikenalpasti dan setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Satu mayat dijumpai orang awam di lereng bukit jalan menghala turun dari Genting Highlands, Bentong semalam, kata polis.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Kahar, berkata polis menerima panggilan kira-kira 3.40 petang daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu di lereng bukit berhampiran KM15 jalan menghala turun dari Genting Highlands.

“Susulan laporan itu satu pasukan pegawai dari IPD Bentong bersama Unit Forensik IPK Pahang hadir ke lokasi untuk membuat siasatan.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian polis mengesahkan penemuan mayat yang identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaiham berkata mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

“Buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil atau menghubungi bilik gerakan IPD Bentong atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.