PRK KKB: Teresa Kok tak terkejut dengan pendirian MCA

PRK KKB: Teresa Kok tak terkejut dengan pendirian MCA

Naib pengerusi DAP berkata MCA mengambil pendirian serupa pada pilihan raya lalu.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, berkata pendirian MCA menjelang kempen PRK KKB tidak mengejutkan beliau.
PETALING JAYA:
Naib pengerusi DAP tidak terkejut dengan pendirian MCA untuk tidak terlibat dengan kempen pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Teresa Kok berkata parti komponen Barisan Nasional itu mengambil pendirian serupa pada pilihan raya lalu.

“Tidak terkejut kerana pemimpin MCA umum perkara sama pada PRK sebelum ini,” katanya kepada FMT, merujuk kepada dua pilihan raya di Johor.

Tahun lalu, Presiden MCA, Wee Ka Siong mengumumkan parti itu tidak ada kewajipan membantu kempen PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, yang ditandingi oleh calon Amanah.

Ditanya sama ada DAP sudi terima sebarang bantuan daripada MCA, Kok menjawab: “Alangkah baiknya jika mereka boleh.”

MCA pada Jumaat lepas mengumumkan ia tidak akan terlibat dengan kempen PRK Kuala Kubu Baharu jika calon bukan daripada BN.

Menjelaskan pendirian tersebut, Wee hari ini berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP.

DAP dijangka akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri itu, yang kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi jatuh pada 11 Mei, dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.