Kamu menang Selat Klang dengan sokongan PAS, Razali jawab Rashid

Kamu menang Selat Klang dengan sokongan PAS, Razali jawab Rashid

Ketua Penerangan Razali Idris mempertahankan kerjasama Bersatu dengan PAS, berdasarkan pencapaian PN pada pilihan raya Selangor tahun lepas.

razali rashid
Ketua Penerangan Razali Idris gesa Adun Selat Klang Rashid Asari buktikan sokongan kepada Bersatu akan berkurangan jika bersama PAS dengan melepaskan kerusinya.
PETALING JAYA:
Ketua penerangan Bersatu mempertahankan kerjasama dengan PAS sebagai gandingan yang mampu menggugat kedudukan blok kerajaaan, di sebalik keputusan mengecewakan pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Razali Idris berkata keputusan pilihan raya 11 Mei lepas itu tidak patut digunakan untuk simpul tahap sokongan kepada Bersatu, tanpa mengambil kira cabaran Perikatan Nasional berkempen di kubu kuat Pakatan Harapan.

Beliau mengulas komen bekas ketua Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari, yang berkata sokongan kepada Bersatu akan terus berkurangan jika kekal bersekutu dengan PAS.

“Sekarang boleh ‘test’ tempat Rashid. Cakap dengan speaker, isytihar keluar parti, minta kosongkan kerusi,” kata Razali kepada FMT.

“Kalau nak kata Bersatu tidak boleh ke depan kerana ada PAS, minta dia letak jawatan dan bertanding semula di kerusi itu.”

Rashid memenangi DUN Selat Klang pada PRU Dewan Undangan Negeri Selangor tahun lepas atas tiket PN, salah satu daripada 22 kerusi yang dimenangi gabungan itu daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

Dengan majoriti 8,325 undi, PN yang meraih 25,143 undi meninggalkan pencabar terdekat, Barisan Nasional, yang terpaksa berpuas hati dengan 16,818 undi sahaja; dan Parti Rakyat Malaysia (742 undi).

Razali berkata kemenangan Rashid di DUN Selat Klang dan pencapaian PN di Selangor pada pilihan raya lalu itu hasil kerjasama parti komponen PN.

“Kita di Selangor kurang tujuh kerusi lagi (untuk bentuk kerajaan). Kerajaan tak dapat 2/3 (majoriti di DUN),” katanya.

“Kita tanya Rashid dia menang kerana siapa…kerana PN. Dalam PN PAS sokong dia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.