Bangkit soal ‘halal’ dan ‘haram’ tak jadikan PAS ekstrem, kata Tuan Ibrahim

Bangkit soal ‘halal’ dan ‘haram’ tak jadikan PAS ekstrem, kata Tuan Ibrahim

Timbalan presiden PAS itu juga berkata 'peningkatan sokongan' kepada PN di Selangor menyangkal dakwaan Adun Bersatu Abdul Rashid Asari.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan partinya ‘terlalu ekstrem’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan bahawa parti itu mengambil pendirian ‘ekstrem’ dengan membangkitkan soal ‘halal’ dan ‘haram’ ketika berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Beliau berkata soal ‘halal’ dan ‘haram’ adalah adalah naratif al-Quran.

“Kita sebagai penganut hanya menyampaikan apa yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul. Apakah menyatakan halal haram sangat ‘ekstrem’?,” katanya kepada kepada FMT.

Malah katanya, dalam ceramah Perikatan Nasional (PN), isu itu tidak menjadi perkara utama.

Tuan Ibrahim juga berkata ‘peningkatan sokongan’ di Selangor terhadap PAS, menolak sebarang dakwaan bahawa parti itu ‘ekstrem’.

Pada PRN pada Ogos lalu, PN menunjukkan peningkatan sokongan di Selangor, dengan memperoleh 22 daripada 56 kerusi DUN, semuanya di kawasan majoriti Melayu.

Bagaimanapun, dalam PRK Kuala Kubu Baharu, Pakatan Harapan (PH) menawan semula enam daripada lapan daerah pilihan raya majoriti Melayu yang dimenangi PN pada PRN tahun lepas, menurut Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Tuan Ibrahim mengulas dakwaan Abdul Rashid Asari dari Bersatu bahawa sokongan terhadap Bersatu akan terus berkurangan jika parti itu kekal sebagai sekutu PAS.

Adun Selat Klang itu, yang kini menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, menyalahkan PAS atas kehilangan sokongan pakatan pembangkang dengan berkata pendirian parti itu ‘terlalu ekstrem’.

Rashid, bekas ketua Bersatu Selangor, berkata satu contoh pendirian itu ialah PAS mendakwa bahawa ‘haram’ bagi orang Islam untuk tidak mengundi. Beliau berkata, masyarakat Melayu termasuk ahli PAS tidak gemar dengan kenyataan sedemikian.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata Rashid tidak akan memenangi kerusinya jika apa yang dikatakannya sekarang adalah benar.

“Pencapaian PN pada pilihan raya umum lalu dan pilihan raya negeri membuktikan dakwaannya tidak berasas,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.