
Nur Aida Arifin berkata demikian ketika menyangkal cadangan peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin bahawa 1MDB mendapat keuntungan menerusi pelaburan dibuatnya.
Wan Azwan memberikan contoh antaranya pengambilalihan dua stesen janakuasa dan pembinaan Menara Tun Razak Exchange (TRX).
Bagaimanapun, saksi ke-49 pendakwaan itu berkata stesen janakuasa itu akhirnya terpaksa dijual kepada syarikat China untuk melunaskan hutang.
“TRX pula bukan dibangunkan menggunakan duit pelaburan 1MDB seperti yang terdapat dalam perjanjian usaha sama pada peringkat awal, sebaliknya syarikat itu perlu mendapatkan pelaburan berasingan dengan mendapatkan syarikat lain untuk melabur bagi membangunkan menara terbabit,” katanya.
Peguam utama Najib Shafee Abdullah kemudiannya bertanya beberapa soalan lagi sebelum memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa pihak pembelaan selesai menyoal balas saksi selepas 16 hari sesi soal balas.
“Ini suatu berita menggembirakan”, kata hakim.
Perbicaraan itu yang masih diperingkat kes pendakwaan bermula pada 28 Ogos 2019 dan hari ini adalah hari ke-200 pendengaran.
Perbicaraan hari ini ditamatkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang memohon lebih masa untuk menyediakan pemeriksaan balas terhadap Aida dibenarkan mahkamah.
Najib berdepan 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.28 bilion dana 1MDB yang didepositkan dalam akaun AmBank miliknya anatara Feb 2011 hingga Dis 2014.
Perbicaraan disambung