
Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata keterangan Tiong akan diambil hari ini.
“Keterangan saksi-saksi lain telah diambil dan kita akan merekod keterangan menteri (King Sing) dijangka tengah hari ini,” katanya menurut Sinar Harian.
Semalam, kakitangan dan pelawat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) di Putrajaya diarah mengosongkan bangunan tersebut susulan ancaman bom.
Bagaimanapun, polis mengesahkan bungkusan yang dialamatkan kepada menteri berkenaan adalah sebagai ancaman bom palsu.
Asmadi berkata Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan menggunakan dua ekor anjing pengesan dan teknologi untuk mengesahkan perkara terbabit.
Dilaporkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, bungkusan berisi bahan letupan menyerupai bom itu dihantar menerusi syarikat kurier pada 11.19 pagi.