Penguat kuasa ditahan berkait suapan RM60,000

Penguat kuasa ditahan berkait suapan RM60,000

Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas keterangannya direkodkan.

macc
Anggota penguat kuasa ditahan SPRM kerana disyaki meminta suapan RM60,000 daripada seorang individu sebagai balasan menutup kes penipuan.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada seorang individu sebagai balasan bagi menutup kes melibatkan kesalahan menipu.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan 11 malam semalam di sekitar ibu kota.

Menurut sumber, suspek berjumpa individu itu di sebuah restoran di Kuala Lumpur tetapi menghilangkan diri selepas mengarahkan individu itu menunggunya di lokasi tidak jauh dari restoran bagi menyerahkan wang rasuah yang diminta.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas keterangannya direkodkan,” kata sumber itu, menurut Bernama.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.