
Warga Bangladesh Mohammad Milon Miah, 36, dan warga tempatan Kader Batcha @ Kader Oli Mohamed Shariff, 64, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Apu Chandra Barmon pada 7.39 pagi 16 Jun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Illi Marisqa menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan mendengar laporan forensik.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hamizah Hisan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.