Pemandu lori mengaku salah laku amang seksual bayi

Pemandu lori mengaku salah laku amang seksual bayi

Mohamad Zulazhar Ibrahim, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Pasir Tumbuh Limbat, Kota Bharu pada 26 Jun lalu.

Mahkamah Majistret Kota Bharu
Pemandu lori, Mohamad Zulazhar Ibrahim, 32, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang bayi perempuan berusia setahun 11 bulan.
PETALING JAYA:
Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang bayi perempuan berusia setahun 11 bulan di Pasir Tumbuh Limbat, 26 Jun lalu.

Tertuduh, Mohamad Zulazhar Ibrahim, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah, lapor Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap bayi perempuan berusia 1 tahun 11 bulan.

Kejadian itu dilakukan di sebuah rumah di Pasir Tumbuh Limbat, di sini, jam 9 malam pada 26 Jun lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan mengendalikan pendakwaan dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 18 Julai untuk fakta kes dan hukuman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.