
Seramai 24,711 pegundi keluar mengundi, iaitu 63.45% daripada keseluruhan 39,279 pengundi berdaftar di DUN itu.
Menurut data dalaman PN, kira-kira 70% daripada 22,815 pengundi Melayu keluar mengundi, dengan majoriti menyokong pembangkang.
Sebanyak 12,776 undi Melayu berpihak kepada PN.
Sementara itu, pengundi Cina dan India terus menyokong Pakatan Harapan (PH) tetapi jumlah komuniti itu yang keluar mengundi tidak besar.
Kurang separuh daripada 8,642 pengundi Cina keluar mengundi, sementara kira-kira 58% daripada 6,683 pengundi India mengundi kali ini. Sebanyak 6,176 undi bukan Melayu berpihak kepada PH.
Apa yang menarik, sebanyak 1,763 pengundi bukan Melayu memilih untuk menyokong PN, menurut data itu.
PN menang tujuh daripada lapan daerah pengundian, menang besar di kawasan penting seperti Sungai Duri dengan majoriti 2,056 undi, Padang Lalang (841) dan Kampung Besar (659).
PH hanya berjaya mengekalkan penguasaan hanya di Puteri Gunong, di mana ia berjaya memperoleh majoriti 369 undi. Daerah itu dianggap sebagai kubu kuat PH.
Bagaimanapun, pertembungan sengit di daerah pengundian Sungai Bakap kubu kuat PH, di mana PN hanya menang tipis terhadap PH dengan majoriti 145 undi.
Sebelum hari pengundian, PH meramalkan sokongan ‘sederhana’ di Tasek Junjong, menganggap Sungai Duri, Kampung Besar, dan Sungai Kechil sebagai ‘mencabar’.
Sokongan di daerah pengundian Ladang Sempah dan Padang Lalang pula dianggap bercampur-campur.