RUU kebajikan pekerja ekonomi sampingan sudah memadai, kata gabungan e-panggilan

RUU kebajikan pekerja ekonomi sampingan sudah memadai, kata gabungan e-panggilan

Gabungan e-Hailing Malaysia bimbang peranan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) akan tenggelam selepas akta khas itu diwujudkan.

Kerajaan dijangka membentangkan akta khas berkait ekonomi sampingan untuk menjaga kebajikan pengguatnya termasuk pekerja p-panggilan.
PETALING JAYA:
Sebuah pertubuhan e-panggilan berpendapat penggubalan akta baharu untuk melindungi kebajikan dan keperluan pekerja ekonomi sampingan sudah memadai berbanding rancangan suruhanjaya khas.

Ketua aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia (GEM) Jose Rizal berkata ini kerana pihaknya bimbang penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) akan tenggelam atau menjadi kurang penting selepas akta terbabit dikuatkuasa.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengumumkan satu akta baharu berkenaan ekonomi sampingan akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia pada sidang Dewan Rakyat Oktober hingga Disember depan.

Menurut Jose, akta baharu itu itu telah mencakupi aspek penting termasuk mekanisme kilanan, penentuan kadar upah, perlindungan sosial dan keselamatan kesihatan pekerjaan.

“Setakat ini, kami yakin dengan penggubalan akta baharu di peringkat Kementerian Sumber Manusia ini sudah memadai dan tidak merosakkan ekosistem ekonomi gig (sampingan) yang dinamik dan bebas,” katanya kepada FMT.

Selain penggubalan akta itu, Zahid turut mengumumkan kewujudan SEGiM dalam tempoh dua bulan yang bakal diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, suruhanjaya itu bukan sahaja meliputi hal berkaitan kebajikan pekerja e-panggilan atau p-panggilan tetapi turut membabitkan individu bekerja separa masa dan separa profesional.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Penghantar p-hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor menyambut baik langkah kerajaan merealisasikan ‘harapan besar’ untuk melihat suruhanjaya yang akan mengawal selia sektor ekonomi sampingan.

“Sejak sekian lama pekerja dalam bidang itu tidak diberi keadilan kerana tiada badan khusus mengawal selia keseluruhan ekosistem industri.

“Besar harapan kami supaya segala akta dan polisi diwujudkan benar-benar telus dan adil kepada keseluruhan pemegang taruh termasuk jaminan kebajikan, keselamatan dan pendapatan mahupun masa depan mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.