
Beliau mencadangkan pindaan itu dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Keselamatan.
“Ikut hasrat kehendak di hati saya impikan Datuk (Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor) buka kepada pengundian suara atau belah bahagi.
“Namun saya fikir balik kemas mana kita rasa kerja kita tetapi teguran dan syor Ahli Parlimen harus juga kementerian (KDN) berikan perhatian,” katanya semasa menggulung perbahasan RUU tersebut di Dewan Rakyat.
Pada 2 Julai lalu, Saifuddin membentangkan RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
RUU berkenaan bertujuan meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) dengan membuat perbezaan tafsiran antara penagih dadah atau bahan dengan penyalahgunaan dadah atau bahan.
Ia juga bertujuan meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah atau bahan atau penyalahgunaan dadah atau bahan.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Keselamatan akan menjemput pihak berkepentingan bagi memperhalusi lagi RUU itu sebelum dilaksanakan.
Beliau berkata kemudian baru akan di bawa ke peringkat majlis di Dewan Rakyat bagi diputuskan.
“Ahli Parlimen, pakar perundangan, NGO akan dijemput (beri pandangan),” katanya.