Bekas menteri Siti Zaharah meninggal dunia

Bekas menteri Siti Zaharah meninggal dunia

Dr Siti Zaharah Sulaiman yang juga bekas Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia kira-kira 11.23 malam tadi.

zaharah
Dr Siti Zaharah Sulaiman pernah memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran kerajaan pusat dari 1995 hingga 2004 termasuk timbalan menteri kesihatan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia kira-kira 11.23 malam tadi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Shahaniza Shamsuddin mengesahkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook.

“Siti Zaharah Sulaiman baharu sahaja dijemput menemui penciptanya (11.23 malam).

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman,” katanya yang juga ketua Umno Maran.

Siti Zaharah, 75, pernah memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran di kerajaan pusat dari 1995 hingga 2004 antaranya menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat serta timbalan menteri kesihatan.

Beliau juga menjadi ketua Wanita Umno selama empat tahun sehingga 2000 selepas menewaskan Rafidah Aziz pada pemilihan parti berlangsung 1996.

Siti Zaharah juga bekas Ahli Parlimen Mentakab dan Paya Besar dari 1986 hingga 2008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.