Guru disyaki laku amang seksual murid ditahan

Guru disyaki laku amang seksual murid ditahan

Guru pendidikan jasmani di Bukit Beruntung itu disyaki melakukan kes amang seksual terhadap beberapa murid lelaki di Hulu Selangor.

handcuff
Polis telah membuka empat kertas siasatan dan suspek direman enam hari sehingga 31 Julai untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang guru lelaki yang disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap beberapa murid lelaki di sekitar daerah Hulu Selangor.

Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata tangkapan dibuat ke atas guru pendidikan jasmani berusia lingkungan 30-an itu di Bukit Beruntung, Selangor selepas menerima empat laporan sejak 2.03 pagi hingga 10 pagi semalam berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian pertama membabitkan mangsa yang berusia 12 tahun berlaku sebulan yang lalu.

“Antara lokasi kejadian adalah di sebuah inap desa di kawasan Ulu Yam ketika mangsa mewakili daerah Hulu Selangor dalam pertandingan bola sepak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Faizal berkata pihaknya membuka empat kertas siasatan terhadap lelaki terbabit mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan direman enam hari sehingga 31 Julai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.