Usah panik rawatan alternatif diabetes, kata Dzulkefly

Usah panik rawatan alternatif diabetes, kata Dzulkefly

Menteri kesihatan berkata doktor akan memastikan kesihatan dan keselamatan pesakit tidak akan terjejas.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, berkata andai mana-mana kemudahan kesihatan alami kekurangan insulin, bekalan dari klinik dan hospital berdekatan akan digerakkan. (Gambar fail)
SHAH ALAM:
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menasihatkan orang awam tidak panik berhubung langkah kementerian meningkatkan penggunaan cara alternatif bagi rawatan diabetes, di sebalik kekurangan insulin.

Dalam usaha meredakan sebarang kebimbangan melibatkan rawatan cara alternatif, Dzulkefly berkata doktor akan memastikan kesihatan dan keselamatan pesakit tidak terjejas.

“Jangan bimbang. Walaupun jika berlaku ketiadaan ubatan tertentu, alternatif akan disediakan demi memastikan pesakit menerima rawatan diperlukan mereka. Paling penting, mereka tidak akan pulang ke rumah tanpa ubatan.

“Walaupun jika ubatan tertentu tidak boleh diberikan, seperti hipoglikemia oral, cara alternatif lain seperti analog atau perencat akan tersedia untuk pesakit,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek MyGenom, di Institut Kesihatan Negara.

Dzulkefly juga berkata, seandainya mana-mana kemudahan kesihatan tertentu mengalami kekurangan insulin, bekalan dari klinik dan hospital berdekatan akan digerakkan demi memenuhi keperluan pesakit.

Beliau menekankan bahawa kerajaan telah mengambil langkah memastikan mendapat bekalan tambahan insulin, dengan kelulusan segera dijangka pada Disember.

Dzulkefly mengulas kebimbangan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai kemungkinan kesan buruk daripada rawatan cara alternatif.

Presiden MMA Dr Azizan Abdul Aziz, berkata pesakit khususnya mempunyai keadaan kesihatan rumit termasuk ibu mengandung, termasuk pesakit diabetes Tahap 1 dan kegagalan buah pinggang, amat terdedah dan perlu dipantau teliti.

Dalam pada itu, Dzulkefly dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, ketika melancarkan projek MyGenom bertujuan menjujukan genom daripada populasi pelbagai Malaysia.

Chang berkata, projek tersebut bagi memperkukuh kapasiti negara untuk perubatan peribadi dan strategi kesihatan awam dengan mewujudkan garis asas genetik menyeluruh.

“Dengan penyediaan peta terperinci kepelbagaian genetik di Malaysia, projek itu membolehkan intervensi kesihatan lebih tepat dan cekap. Perubatan peribadi yang mana sangat bergantung kepada pemahaman genetik profil individu, akan memberi manfaat besar.

“Tambahan lagi, data dikumpul boleh membawa kepada penemuan memahami faktor genetik menyumbang kepada kesihatan dan penyakit, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia,” katanya.

Chang berkata, projek tersebut akan dilaksana secara berfasa, bermula penjujukan 2,400 genom, dengan sasaran jangka panjang penjujukan 10,000 genom.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.