
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang bagaimanapun memaklumkan jalan di sekitar kawasan itu masih boleh dilalui dan hanya lokasi terjejas ditutup.
Katanya, kedalaman lubang benam itu dianggarkan sedalam 1m dengan lebar 5.4m dan panjang lebih 4m.
“Pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam.
“Pihak JKR turut mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan menjadi punca terbentuknya lubang benam tersebut. Kita telah melakukan beberapa tindakan seperti melaporkan kejadian kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),” katanya dalam kenyataan.
Menurut kenyataan itu, JKR melakukan pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan pelan pengurusan trafik (TMP) oleh pihak MAHB.
“Laporan terperinci akan dikeluarkan MAHB selepas siasatan dibuat.
“JKR dan Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.