Wanita maut, anak cedera nahas 2 lori

Wanita maut, anak cedera nahas 2 lori

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pemandu kedua-dua lori itu selamat.

kemalangan lori
Keadaan lori dinaiki mangsa selepas bertembung sebuah lagi lori membawa muatan kayu di KM350.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Bidor semalam. (Gambar JBPM)
IPOH:
Seorang wanita maut, manakala anaknya cedera selepas lori dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lagi lori yang membawa muatan kayu di KM350.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Bidor semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad, berkata panggilan kecemasan diterima pada 4.55 petang sebelum tujuh anggota bomba dan dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan lori tiga tan jenis Mitsubishi membawa muatan kasut yang dinaiki mangsa dan melanggar belakang lori lima tan UD Nissan membawa muatan kayu.

“Kejadian melibatkan tiga mangsa daripada satu keluarga, iaitu wanita berusia 36 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, manakala anak lelakinya berusia lapan tahun patah kaki dan pemandu lori (suami 36 tahun) selamat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, pemandu lori UD Nissan juga dilaporkan selamat.

Sabarozi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 6.10 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.