Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS

Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS

Tunjukkan keikhlasan, seru Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali.

Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali kata tidak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS.
PAPAR:
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu PRN17.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang sebelum PRN yang dijangka diadakan pada tahun depan.

“Sekarang ada tempoh setahun lagi (sebelum PRN17), bekerjasamalah dengan kerajaan. Tunjukkan keikhlasan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Jalan Sabindo dan menerima taklimat daripada Kementerian Kerja Raya di Kampung Suangon.

Armizan berkata sebarang kerjasama dengan pihak lain akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS.

Sebagai gabungan parti yang terdiri daripada pelbagai parti tempatan, keputusan tidak diambil secara bersendirian tetapi mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, katanya.

Komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.