
Presiden Dominic Lau berkata ketika ini ada bukan Melayu dan Islam bimbang dan takut terhadap PAS yang menjadi blok parti Melayu terbesar dalam PN serta mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Parlimen.
Malah katanya, kumpulan itu juga ‘fobia’ mengenai dasar dan matlamat PAS menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.
“Oleh itu kita buat satu deklarasi yang Bersatu bela hak orang Melayu dan PAS pula muslim, (tetapi) masing-masing jangan mempengaruhi hak kaum lain,” katanya berucap pada perasmian persidangan Gerakan ke-52.
Dominic yang juga timbalan pengerusi PN berkata ketakutan bukan Islam terhadap PAS selama ini timbul disebabkan beberapa pendirian parti terbabit.
“Masyarakat bukan Islam, Melayu kata dulu dia (PAS) kata nak negara kebajikan, sekarang dia kata nak negara Islam. PAS dulu tak kata (bukan Islam) tak boleh minum (arak), tak boleh berjudi, berseluar pendek.
“Tapi sekarang PAS kata tak boleh berjudi, minum arak, pakai seluar pendek, nanti kena hudud. Oleh itu kita (bukan Melayu, Islam) takut,” katanya.
Bagaimanapun Lau mempersoalkan kebimbangan ahli Gerakan di kalangan bukan Melayu dan Islam kerana matlamat PAS itu telah dibuat sejak sekian lama.
“(Mereka juga kata) dulu tak takut kerana PAS belum kuat, sekarang mereka berasa takut kerana PAS telah menjadi parti politik terbesar sekali di Malaysia,” katanya yang akan membawa cadangan penyediaan deklarasi itu pada mesyuarat PN.