
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa laporan awal bedah siasat pada mayat wanita berusia 80an itu mendapati si mati meninggal dunia akibat kecederaan pada dada akibat objek tumpul.
“Kami sudah merakam percakapan sembilan individu setakat ini dan masih menunggu laporan lengkap bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Rusdi berkata mayat mangsa sudah diserahkan kepada suaminya pada pagi ini untuk urusan pengebumian.
Anak lelaki mangsa berusia 53 tahun yang juga suspek kes itu sudah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya Selasa lalu dan kini ditahan di IPD Brickfields sehingga tempoh reman berakhir pada 26 Nov.
Lelaki itu pada awalnya dihantar ke hospital untuk penilaian mental.
Media pada 12 Nov melaporkan polis menemukan mayat seorang wanita di dalam peti sejuk selepas anak lelakinya yang mengalami masalah kesihatan membuat laporan.
Lelaki itu dilaporkan memberitahu polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam peti sejuk beku.