
Setiausahanya Fouzi Singon berkata ia bagi mengelakkan murid menduduki peperiksaan terbabit yang menjadi mangsa banjir tidak ditambah beban dan terganggu emosi mereka.
“Semoga semua mangsa banjir di kalangan guru dan murid bersabar serta tenang menghadapi dugaan ini.
“Musibah banjir datang dan pergi, namun perjuangan anak-anak calon SPM harus diteruskan dengan penuh tabah dan semangat juang tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Fouzi, peperiksaan itu tidak boleh ditangguh seperti diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kerana perancangannya telah dibuat lama, selain Kementerian Pendidikan (KPM) juga mempunyai perancangan.
“Perancangan itu membabitkan soalan, percetakan soalan, agihan, pelaksanaan, penandaan dan sehingga tarikh mengumumkan keputusan peperiksaan juga telah diambil kira dengan berhati-hati.
“Justeru itu, tidak boleh sesuka hati membuat sebarang pindaan atau perubahan tambahan pelbagai pihak terlibat dalam menyusun dan mengatur peperiksaan SPM ini,” katanya.
Sebelum ini, Fadhlina berkata ujian lisan bermula bahasa Melayu semalam akan diteruskan meskipun beberapa negeri dilanda banjir.
Menurutnya, ujian berjalan semalam berjalan lancar dengan tidak ada calon SPM termasuk di negeri terjejas akibat banjir, tercicir daripada mendudukinya.