
Awal hari ini, bekas perdana menteri itu dan beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN) berkata, mereka bersatu untuk melawan “musuh utama” orang Melayu.
Dalam catatan Facebook, James Chin dari University of Tasmania, menyatakan orang Melayu konsisten mengawal institusi negara dan kedudukan politik utama sejak merdeka. Beliau berpandangan sebarang kehilangan pengaruh terikat kepada keberkesanan mereka dalam kedudukan itu, dan bukannya ancaman luar.
Chin berkata, apa jua persepsi Mahathir tentang kehilangan kuasa orang Melayu harus diredakan, mengambil kira hakikat beliau menjadi perdana menteri dua kali dengan menerajui negara selama 24 tahun.
“Jika orang Melayu sekarang sudah lemah, bukankah kerana beliau (Mahathir) tidak mewujudkan kerja lapangan dan asas kepada mereka? Mengapa beliau salahkan musuh orang Melayu?” katanya.
“Andai orang Melayu hilang kuasa, bukankah orang Melayu dilantik dalam semua institusi utama tidak menjalankan tanggungjawab mereka?
“Orang Melayu mempunyai keistimewaan kemasukan ke pendidikan tinggi, mempunyai universiti sendiri, dan pelbagai kelebihan seperti diskaun rumah. Adakah semua ini sedang diancam?”
Chin berkata, Mahathir tidak memperincikan siapa “musuh utama” dirujuknya, berkemungkinan pemimpin berusia 99 tahun ingin menuding jari kepada masyarakat Cina.
Beliau menegaskan orang Cina bukan ancaman wujud kepada kuasa politik Melayu, namun diperlihat sedemikian dalam naratif politik yang menekankan etnik dan dominasi.
Katanya, persepsi terancam itu sering timbul daripada ketakutan untuk dicairkan penguasaan politik dan budaya Melayu, bukannya daripada keupayaan sebenar untuk menggulingkan atau mengubah secara ketara tatanan politik sedia ada.