
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 882 mangsa banjir daripada 267 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan setakat 8.09 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Tanah Merah paling ramai, iaitu 633 orang daripada 208 keluarga dipindahkan ke 13 PPS.
Ia disusuli Kuala Krai dengan 165 mangsa daripada 38 keluarga di empat PPS dan Machang merekodkan 84 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS.
Di Terengganu, seramai 655 orang membabitkan 178 keluarga berlindung di 17 PPS di Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman pagi ini.
Seramai 412 mangsa banjir daripada 111 keluarga ditempatkan di 11 PPS di Hulu Terengganu, diikuti 232 orang daripada 62 keluarga dipindahkan ke lima PPS di Besut.
Sebuah PPS di Kemaman pula menempatkan 11 orang daripada lima keluarga.