
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Izani Ghani, berkata beberapa isu teknikal perlu diselesaikan untuk memastikan sistem beroperasi dengan lancar di semua komponen dan memenuhi keperluan keselamatan.
“Kami menjangkakan semua ujian dapat diselesaikan menjelang April. Jadi, dalam senario terbaik, jika semua ujian berjaya, kami pastinya boleh memperoleh sijil untuk beroperasi dengan segera.
“Q2 disebut sebagai jangkaan sekiranya ujian lanjut diperlukan. Garis masa Q2 ini penting untuk kita patuhi. Jadi, mari kita harapkan semua ujian berjaya supaya kita boleh mula beroperasi sebaik sahaja mendapat sijil tersebut,” katanya kepada pemberita dalam taklimat dan lawatan media projek aerotrain KLIA.
Aerotrain, yang menjadi tulang belakang sistem pengangkutan dalaman KLIA sejak mula beroperasi pada 1998, telah digantung perkhidmatannya pada Mac 2023 selepas mengalami kerosakan.