Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan, kata KPM

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan, kata KPM

KPM tepis hantaran tidak bertanggungjawab berkenaan pengoperasian sekolah pada Ramadan.

calon spm
Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan beroperasi seperti biasa pada Ramadan seperti tahun sebelum ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.

“Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan beroperasi seperti biasa pada Ramadan seperti tahun sebelum ini berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 yang sedang diguna pakai.

“KPM mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab cuba ditularkan sesetengah pihak dalam laman media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini,” katanya.

KPM memaklumkan bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar, sesi petang ditetapkan bagi membolehkan murid serta guru beragama Islam dapat menunaikan ibadah bulan Ramadan dengan selesa.

“KPM menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi kementerian dan tidak terpengaruh dengan hantaran media sosial berniat jahat yang cuba untuk mengelirukan masyarakat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.