Kes tetak: Polis temui anak OKU, dua hari tak makan

Kes tetak: Polis temui anak OKU, dua hari tak makan

Polis pada Isnin lancar pencarian seorang lelaki yang dipercayai menetak bapanya.

Yusharifuddin Yusop
Punca kejadian seorang bapa ditetak di Kuala Perlis pada Isnin lepas masih disiasat, kata Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dengan kad Orang Kurang Upaya (OKU) ditahan dalam siasatan polis ke atas kejadian seorang bapa ditetak di Kuala Perlis.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata lelaki yang mengalami ketidakupayaan mental itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi.

Ketika ditahan, OKU berusia 45 tahun itu dipercayai dalam keadaan lesu akibat tidak makan dan minum selama dua hari, selepas kejadian.

Polis pada Isnin dilapor melancarkan pencarian seorang lelaki yang dipercayai menetak bapanya dalam kejadian di Kampung Padang Besar Selatan, hari yang sama.

“Ketika ditahan suspek memakai baju kemeja T hijau dan kain pelekat berada dalam keadaan lemah dan didapati berlegar-legar di sekitar kawasan kampung,” katanya lapor Berita Harian.

Yusharifuddin memaklumkan polis tidak menemui senjata digunakan. Punca kejadian masih disiasat, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.