Kebakaran saluran gas: 2 perumahan dikategorikan kawasan larangan

Kebakaran saluran gas: 2 perumahan dikategorikan kawasan larangan

Menteri Besar Amirudin Shari kata kawasan terbabit ditutup sehingga ia dipastikan selamat.

Amirudin Shari
Menteri Besar Amirudin Shari diberi penerangan tentang kebakaran saluran paip gas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua kawasan perumahan seluas 290m akan ditutup dan dikategorikan sebagai kawasan larangan susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata kawasan terbabit ditutup sehingga ia dipastikan selamat sebelum penduduk dibenarkan kembali ke rumah mereka.

“Keutamaan pada masa sekarang adalah keselamatan para penduduk,” katanya di Facebook, selepas tiba di pos kawalan tempat kejadian dan bertemu Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Nor Hisham Mohammad.

Amirudin memaklumkan letusan 8:10 pagi tadi telah berjaya dipadam sepenuhnya pada 3:45 petang.

Sehingga kini, seramai 305 mangsa berjaya diselamatkan, katanya.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara serta Hospital Subang Jaya Medical Centre, Sunway Medical Centre, Hospital Serdang, dan Hospital Putrajaya.

“Setakat 5 petang ini dilaporkan tiada kematian yang dicatatkan dalam insiden ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.