Bubar MCA sertai DAP bukan pendirian parti, jawab Loke

Bubar MCA sertai DAP bukan pendirian parti, jawab Loke

Setiausaha Agung Loke Siew Fook kata pandangan Chong Zhemin bukan pendirian rasmi DAP.

Anthony Loke Siew Fook
Setiausaha Agung Loke Siew Fook kata pandangan Chong Zhemin supaya MCA bubar dan sertai partinya bukan pendirian rasmi DAP.
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menjelaskan pandangan seorang wakil rakyat partinya supaya MCA bubar dan menyertai DAP bukan pendirian rasmi.

Loke berkata ia pandangan peribadi Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, dan DAP tidak pernah membincangkan perkara itu.

“Pertamanya, ini bukan pendirian parti dan yang kedua, saya tak nampak ada kemungkinan seperti itu,” katanya lapor Sinar Harian.

Loke mengulas laporan memetik Chong sebagai menyarankan MCA bubar dan sertai DAP, sekiranya masih berhasrat memperjuangkan nilai majmuk, antara lain.

Chong dilapor berkata MCA sudah tidak lagi mewakili masyarakat Cina, dan mendakwa parti itu menang dua kawasan Parlimen kerana undi penyokong Umno.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.