Nik Abduh dilantik ahli JKMR

Nik Abduh dilantik ahli JKMR

JKMR berperanan penting menasihati perdana menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.

Anwar Ibrahim Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anwar Ibrahim menyerahkan surat lantikan ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)
PETALING JAYA:
Ahli Dewan Negara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh tiga tahun hingga 25 April 2028.

Surat cara pelantikan kepada bekas Ahli Parlimen Bachok dari PAS itu diserahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Seorang lagi Ahli Dewan Negara Awang Sariyan dan Ahli Parlimen Langkawi Suhaimi Abdullah dari Perikatan Nasional (PN) turut menerima surat pelantikan terbabit.

“JKMR berperanan penting dalam menasihati perdana menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan isu rasuah serta meneliti Laporan Tahunan SPRM.

Anwar Ibrahim JKMR
Anwar Ibrahim dan Azam Baki bersama ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR). (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

“Pelantikan ahli JKMR ini diharap dapat memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan mempertingkat integriti dan tadbir urus.

“Ini sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem pentadbiran negara,” kata Anwar di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.