SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM14,000

SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM14,000

Pegawai terbabit disyaki menerima wang tunai dan pelbagai barangan berharga daripada seorang kontraktor, kata sumber.

SPRM tahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah daripada seorang kontraktor.
KOTA BHARU:
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber SPRM suspek yang pernah bertugas di sebuah daerah di negeri ini ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kelantan.

“Pegawai terbabit disyaki menerima wang tunai dan pelbagai barangan berharga daripada seorang kontraktor,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.