
Rafizi berkata beliau sudah biasa dilarang memasuki Sarawak sebelum dilantik sebagai menteri.
Berita Harian melaporkan beliau berkata demikian ketika berkempen untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR di Kuching, Sarawak malam tadi.
Dari 2013 hingga 2018, kerajaan Sarawak (ketika itu dipimpin oleh Barisan Nasional) melarang Rafizi dan pemimpin Pakatan Harapan lain daripada memasuki negeri itu.
Larangan itu dikaji semula selepas PH membentuk kerajaan persekutuan.
Persaingan bagi jawatan timbalan presiden PKR pada 23 Mei nanti akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Rafizi dengan Nurul Izzah Anwar.